Friday 13 June 2014


Salam Syaaban yang menanti Ramadhan...

Selesai satu paper 12/6 yg lps..kini menunggu 2 paper lagi, 16/6 & 24/4, smoga dipermudahkan ilahi..

Di akhir semester, ramai sahabat2 seperjuanganku telah selamat diijabkabulkan dgn pasangan masing2.. Bilakah pula giliranku dgn jodoh yang Allah telah tuliskan di Luz Mahfuz sejak azali lagi??? Aku hanya mampu berdoa pada Maha Pencipta supaya memperudahkn segala urusanku ke arah ikatan yang halal.. Sahabat yang dikasihi dan yang sentiasa dekat dgn Pencipta supaya doakan hubungan kami ini agar dilancarkan segala perancangan kami walaupun ku sedar perancangan Allah adalah yang terbaik.. Mungkin Allah ingin menguji kekuatan imanku dgn dihadirkan seorang lelaki yang tidak aku jangkakan selama ini.. Jika benar dia jodohku, maka ikatkan kami dengan ikatan yang halal disisiMu ya Rabbi..


       " Ya Allah, Sekiranya dia Muhammad Azwan Abdul Rahman Jodohku dunia akhirat, permudahkan jalan kami untuk mendekatkan diri padaMu supaya kami sntiasa mendapat Cinta yang hakiki iaitu CintaMu..."

Seandainya dia bukan tertulis untukku, dan aku bukan tertulis untuknya, jauhkan daku padanya dan jauhkan dia pada diriku, jika dia yang tertulis untukku dan aku yang tertulis untuknya, maka dekatkan aku dengannya dalam satu ikatan yang halal iaitu perkahwinan dengan cara yang mudah tanpa ada penghalang2 yang menyebabkan kesukaran untuk kami mencapai niat kami yang baik untuk sentiasa dekat bersamaMu Ya Rahman, Ya Rahim..


                              Ambil Berkat Dari Pengantin Baru,Next I'm Married.                                    

     Kenangan Pergi Genting Highlands, entah apa bunga ni tapi CANTIK KAN??

             Keserasian apabila bergambar....cuba banding dgn gambar yg atas..hehe

Thursday 1 May 2014

Aku dan Dia

Pertemuan pertama di cafe kolej dgn prkenalan yg tak dijangka. Pertemuan ketika hati tgh luka. Pertemuan ketika fikiran penuh dgn persoalan n tanda tanya. Pertemuan membuat aku kenal akan kehidupan dunia. Pertemuan yang memberi kesan mendalam dlm jiwaku. Pertemuan mybbkan aku kenal siapakah diri aku sebenar. Pertemuan yang penuh dgn suka duka yang aku tak jangkakan sebelum ini. Pertemuan yang membawa aku kejalan yang lebih mendekatkan diri pada Pencipta. Pertemuan yg membawa byk persoalan dlm lubuk hatiku, Layakkah Aku Berada Disisinya?? Bahagiakah dia bila bersama denganku?? Adakah hubungan ini hingga ke Syurga??Aku impikan teman yang membawaku ke jalan syurga. Aku impikan imam yg boleh membentukku bila kala aku kesempitan...

Kini aku sentiasa brharap agar Allah makbulkan doaku dari dahulu. Kekalkan hubungan ini hingga ke jinjang pelamin, anak cucu, keakhir hayatku brsamanya. Jika ditakdirkan aku pergi dulu,berikan kebahagiaan yang abadi kepada dirinya Muhammad Azwan Abdul Rahman yang selama ini sgt menghormati aku sebagai seorang wanita. Jangan meratapi pemergianku krn aku hanya ingin doa dari bibir mulutmu untukku dan aku akan menunggumu di Jannah nnti..Sayang abg kerana Allah, Cinta abg kerana Allah...

Dirimu sentiasa di hatiku hingga ke akhir hayatku...

Tuesday 29 April 2014

Rinduku Padanya

Dari 16/2 mula2 daftar smester akhir, aku datang UKM. Sehingga hari ini aku tak pulang ke kampung..2bulan lbh aku tak tgk mak ayahku, adik2ku..adakah mereka sihat smua?? Aku disini kesunyian dek rindu pada mrk. Aku jarang2 sekali tlfon kt mak n ayah..bila je tlfon, aku hnya brcakap lbh kurang 10 minit shj..aku jadi kaku tak tahu nak bercakap apa sbb aku terlalu rindukan mrk. Setiap kali aku mendengar suara mrk, air mataku jatuh membasahi pipi namun aku menahan daripada diketahui mrk..aku tak nak mrk sedih krn aku sedih..aku sgt2 rindukn mrk..kwn2 smua balik kampung time mid sem awl bln 4 tp aku tak pulang sbb ada masalah yg myebabkn aku tak dpt pulang spt org lain.. aku tahu, family aku tak sama dgn org lain,tp aku bersyukur krn Allah kurniakan aku family yang cukup sempurna..aku mmpyai 8 adik dan seorg kakak..terlalu byk tanggjwbku sbg anak yg kedua utk membimbing adik2 yg lain..aku cuba utk gmbira apabila brsama dgn kwn2 ku supaya aku bersemangat utk terus belajar..aku disini untuk menuntut ilmu Allah dan digunakan utk diriku dan orang sekeliling ku terutamanya keluargaku...aku sayang mak, ayah, adik beradikku...love u all..

Semoga keluargaku berada di bawah rahmatNya... 

AKU TERIMA NIKAHNYA...

Satu lafaz yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita yang masih bujang atau janda. Namun, perjalanan yang sukar untuk mengharungi tembok-tembok untuk sampai ke tahap ini. Kenapa sesuatu yang senang disusah-susahkan oleh mana-mana pihak. Alangkah bahagianya sekiranya setiap pernikahan itu tidak membebankan mana-mana pihak. Adakah salah satu pihak perlu berkorban atau kedua-dua pihak perlu bijak dalam merancang segala?? Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik namun, kita sebagai hambaNya tidak mudah berputus asa dengan segala ketentuanNya. Jika memang benar sudah tertulis di Luh Mahfiz bahawa dialah jodoh dunia akhirat mu, maka harusnya menerimanya dengan hati yang terbuka dan berserah padaNya. 

 


Kenapa sukar untuk aku mengharungi ini semua. Terlalu banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui disaat diri ini sedang kesempitan memikirkan tentang ketentuan ilahi. Setiap yang terjadi ada hikmah disebalik kejadian dan diharapkan segala amalan yang dilakukan selama ini diterima dengan baik dan diberkati oleh Allah SWT sebagai pencipta alam. Sayangilah diri anda terlebih dahulu sebelum anda menyayangi orang lain kerana andalah yang menentukan perjalanan masa hadapan anda samada kearah keredhaanNya atau anda tersimpang daripada jalan yang benar. SAMA-SAMA KITA RENUNG-RENUNGKAN...


AKAD NIKAH ANTARA TUNTUTAN ADAT DAN TUNTUTAN SYARIAT

Oleh: Ustaz Umar Muhammad Noor

Hari perkahwinan ialah hari yang paling bersejarah dalam hidup setiap manusia. pada hari itu, kedua-dua mempelai merasakan kebahagiaan yang sangat besar. Namun, ramai yang lupa bahawa pada saat akad nikah berlangsung, sebenarnya ia sedang melakukan satu ibadah. Perkahwinan adalah satu ibadah yang amat besar disisi Allah SWT. Akad nikah adalah satu akad abadi yang mengikat pasangan bukan hanya sepanjang hidup mereka didunia, bahkan di akhirat. Imam al- Bulqini berkata : " Nikah disyariatkan sejak zaman nabi Adam dan berterusan hingga kini dan sehingga ke syurga. Tidak ada akad dan hukum lain yang menyerupai pernikahan selain daripada iman." Namun, kita perlu ingat bahawa pernikahan bernilai ibadah sekiranya diniatkan sebagai ibadah. Akad nikah yang diniatkan ibadah akan membawa keberkatan dan ganjaran besar daripada Allah SWT. Setiap wang yang dihabiskan dalam majlis dikira sebagai sedekah dan mendapat ganti daripada Allah SWT. Namun, sekiranya akad nikah itu tidak diniatkan sebagai ibadah, maka seseorang itu terlepas daripada mendapat pahala daripada Allah SWT dan majlis itu dianggap sekadar jamuan biasa sahaja.  

 

Monday 28 April 2014

Aku Kini & Aku Akan Datang

Hari ini aku masih diberikan peluang untuk merasai nikmat yang Allah berikan kepada setiap hambanya. Aku terdampa di hujung jendela memandang keindahan ciptaanMu ya Rabbi. Sungguh indah ciptaan ini sehingga ada diatara kita yang lupa pada Maha Pencipta. Hujan yang mula membasahi bumi menenangkan jiwaku yang ketika ini memikirkan APAKAH AKAN TERJADI PADA MASA AKAN DATANG PADAKU??? Fikiranku sentiasa ingin ke hadapan untuk terus berjuang dalam menegakkan agama Allah. Aku sedar betapa banyaknya kekhilafan yang aku lakukan sepanjang hidupku, hanya Allah yang tahu..Namun, aku sedar betapa Allah sayang padaku kerana masih memberikan nyawa kepadaku untuk terus beribadah kepadaNya. Ya Allah , jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati orang yang beriman dan gembirakanlah dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat Mengasihi daripada segala-galanya.

Semoga persahabatan kita kekal hingga ke Syurga...
Sahabat di sekolah, di UKM dan di Syurga kelak*


Saturday 26 April 2014

i'm news


assalamualaikum...


Selamat berkenalan wahai saudara seagamaku..semoga hari ini menjadi hari yang terbaik dari yang semalam dan esok diharapkan dapat merasai lagi  nikmat daripadaNya...yang pasti kita jangan lupa untuk bersyukur pada yang Esa kerana masih memberi peluang kepada kita untuk beribadah kepada dengan sempurna... Selamat bernikmati segala kurniaan yang diberikan....Wasalam...