Tuesday 29 April 2014

AKAD NIKAH ANTARA TUNTUTAN ADAT DAN TUNTUTAN SYARIAT

Oleh: Ustaz Umar Muhammad Noor

Hari perkahwinan ialah hari yang paling bersejarah dalam hidup setiap manusia. pada hari itu, kedua-dua mempelai merasakan kebahagiaan yang sangat besar. Namun, ramai yang lupa bahawa pada saat akad nikah berlangsung, sebenarnya ia sedang melakukan satu ibadah. Perkahwinan adalah satu ibadah yang amat besar disisi Allah SWT. Akad nikah adalah satu akad abadi yang mengikat pasangan bukan hanya sepanjang hidup mereka didunia, bahkan di akhirat. Imam al- Bulqini berkata : " Nikah disyariatkan sejak zaman nabi Adam dan berterusan hingga kini dan sehingga ke syurga. Tidak ada akad dan hukum lain yang menyerupai pernikahan selain daripada iman." Namun, kita perlu ingat bahawa pernikahan bernilai ibadah sekiranya diniatkan sebagai ibadah. Akad nikah yang diniatkan ibadah akan membawa keberkatan dan ganjaran besar daripada Allah SWT. Setiap wang yang dihabiskan dalam majlis dikira sebagai sedekah dan mendapat ganti daripada Allah SWT. Namun, sekiranya akad nikah itu tidak diniatkan sebagai ibadah, maka seseorang itu terlepas daripada mendapat pahala daripada Allah SWT dan majlis itu dianggap sekadar jamuan biasa sahaja.  

 

No comments:

Post a Comment