Monday 28 April 2014

Aku Kini & Aku Akan Datang

Hari ini aku masih diberikan peluang untuk merasai nikmat yang Allah berikan kepada setiap hambanya. Aku terdampa di hujung jendela memandang keindahan ciptaanMu ya Rabbi. Sungguh indah ciptaan ini sehingga ada diatara kita yang lupa pada Maha Pencipta. Hujan yang mula membasahi bumi menenangkan jiwaku yang ketika ini memikirkan APAKAH AKAN TERJADI PADA MASA AKAN DATANG PADAKU??? Fikiranku sentiasa ingin ke hadapan untuk terus berjuang dalam menegakkan agama Allah. Aku sedar betapa banyaknya kekhilafan yang aku lakukan sepanjang hidupku, hanya Allah yang tahu..Namun, aku sedar betapa Allah sayang padaku kerana masih memberikan nyawa kepadaku untuk terus beribadah kepadaNya. Ya Allah , jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati orang yang beriman dan gembirakanlah dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat Mengasihi daripada segala-galanya.

Semoga persahabatan kita kekal hingga ke Syurga...
Sahabat di sekolah, di UKM dan di Syurga kelak*


No comments:

Post a Comment