Tuesday 29 April 2014

AKU TERIMA NIKAHNYA...

Satu lafaz yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita yang masih bujang atau janda. Namun, perjalanan yang sukar untuk mengharungi tembok-tembok untuk sampai ke tahap ini. Kenapa sesuatu yang senang disusah-susahkan oleh mana-mana pihak. Alangkah bahagianya sekiranya setiap pernikahan itu tidak membebankan mana-mana pihak. Adakah salah satu pihak perlu berkorban atau kedua-dua pihak perlu bijak dalam merancang segala?? Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik namun, kita sebagai hambaNya tidak mudah berputus asa dengan segala ketentuanNya. Jika memang benar sudah tertulis di Luh Mahfiz bahawa dialah jodoh dunia akhirat mu, maka harusnya menerimanya dengan hati yang terbuka dan berserah padaNya. 

 


Kenapa sukar untuk aku mengharungi ini semua. Terlalu banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui disaat diri ini sedang kesempitan memikirkan tentang ketentuan ilahi. Setiap yang terjadi ada hikmah disebalik kejadian dan diharapkan segala amalan yang dilakukan selama ini diterima dengan baik dan diberkati oleh Allah SWT sebagai pencipta alam. Sayangilah diri anda terlebih dahulu sebelum anda menyayangi orang lain kerana andalah yang menentukan perjalanan masa hadapan anda samada kearah keredhaanNya atau anda tersimpang daripada jalan yang benar. SAMA-SAMA KITA RENUNG-RENUNGKAN...


No comments:

Post a Comment